Assalamuaikum wrm wbkth
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Bisikan Ilahi menjadi pilihan blog ku kerana dengan kelahiran blog ini sebagai lidah tarbiyah bukan setakat penyampai maklumat saja. Bukan pengkritik yang tidak berasas. Ku mahu tulisan yang ku catatkan disini bersumberkan pancaran dan bisikan ilahi bukan bisikan syaitan. Kita tidak sedar kadang-kadang bisikan syaitan menguasai pemikiran atau tulisan kita, inilah yang boleh merosakkan pemikiran penulis blog.
"Tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah mengetahui rahasia dan bisikan mereka dan
bahawa Allah mengetahui segala yang ghaib?" - At Taubah : 78
"Kemudian syaitan mebisikkan fikiran jahat kepada mereka agar menampakkan aurat
mereka (yang selama ini tertutup) aurat". - Al A'raf:20
" Sesungguhnya orang-orang bertakwa apabila mereka dibayang-bayang fikiran jahat dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat(kesalahan-kesalahanya) - Al-A'raf:201
Memohon doa kepada Allah supaya memberi petunjuk dan hidayah dalam mengendali blog ini. Perkenankanlah Ya ALLAH.
Jatuh atau Gagal
9 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan