Rabu, 28 Oktober 2009

AMBILLAH PENGAJARAN

Semalam baru saya mendengar taklimat dari sahabat-sahabat saya yang mengikuti rombongan misi kemanusian di Padang Indonesia bagi memberi khidmat kemanusiaan dan membantu mangsa-mangsa gempabumi. Bagaimana sahabat-sahabat saya menceritakan keadaan penduduk yang trauma yang tak boleh bercakap dan yang masih terpinga-pinga. Itu baru saja gempa bumi belum lagi keadaan kiamat yang sebenarnya.

Kebanyakan pejabat-pejabat kerajaan runtuh termasuklah bank-bank, showroom kereta, komplek membeli belah, tadika elit dan lain-lain bangunan yang dikategorikan untuk golongan kaya-kaya dan yang hidup mewah. Tetapi dalam keadaan demikian dalam deretan yang runtuh, tetapi masih ada yang yang tersergam indah. Begitu juga dalam deretan yang tersergam baik tetapi ada yang yang runtuh.

Waktunya berlaku seperti yang saya sebut sebelum ini pada jam 17.16 iaitu 5.16 petang iaitu ketika kakitangan semua sudah pulang kecuali tinggal boss-boss yang besar yang belum balik, yang mempunyai kedudukan mewah di dunia tetapi belum tentu keadaannya di Akhirat, mungkin mereka termasuk di kalangan runtuhan bangunan. Kalau kita lihat jelas seperti yang di gambarkan dalam surah 17 ayat 16 tersebut.
Sekiranya berlaku dalam masa waktu pejabat bermakna akan ratusan ribu yang akan terlibat dan terbunuh, ini bermakna Allah masih mengasihi mereka-mereka yang ada bibit-bibit keimanan.


Begitu juga kawasan perkampungan dan pendalamam yang rosak teruk, ada yang satu kampung di tenggalami dan ditelan oleh bumi. Mengikut sahabat saya menceritakan dari maklumat orang tempatan merasakan itu adalah pembalasan Dari Allah SWT kerana di tempat mereka masih banyak kurafat dan maksiat. Malah kampung yang di telan bumi itu sebenarnya ada majlis perkahwinan. Biasanya mengikut mereka dalam majlis sebegini macam-macamlah hiburan yang disediakan. Bayangkan saudara-saudara kenapa Allah SWT membinasakan mereka ini?

Mengikut sahabat saya lagi, walaupun dalam kehidupan yang miskin tetapi kebanyakan rumah mempunyai parabola. Bayangkanlah bagaimana kehidupan mereka. Pemeliharaan anjing seperti pelihara kucing. Dimana kesucian dalam kehidupan mereka.

Itulah sebahagian kehidupan manusia diatas muka bumi Allah ini, di mana tugas dan dakwah kita? Adakah kita masih leka dengan kemewahan duniwi dan lupa pada hari Perhitungan. AMBIL PENGAJARAN ITU SEMUA

Rabu, 7 Oktober 2009

WAHAI MANUSIA AKUILAH KEKUASAAN ALLAH SWT




Gempa bumi yang berlaku di Padang, Indonesia pada tarikh 30.09.09 hari Rabu jam 17:16 dan jam 17:58







Ambillah pengajaran apa yang berlaku di Padang Indonesia, itulah kekuasaan Allah SWT. Itulah yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al Quran.

Surah Al Israa’(17) : ayat 16

" Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, Maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, Maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan kami), Kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. "

Dan dalam Surah Al Israa’(17) : ayat 58

" Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu Telah tertulis di dalam Kitab (Lauh mahfuzh). "

Dan dalam Surah Ar Ruum(30): ayat 9

"Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka? orang-orang itu adalah lebihkuat dari mereka (sendiri) dan Telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang Telah mereka makmurkan. dan Telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri. "
Manakala gempabumi yang berlaku di Jambi jam 8:52 dan perhatikan apa yang di sebut oleh Allah SWT dalam Al Quran dalam Surah Al Anfaal(8):ayat 52

"(keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. mereka mengingkari ayat-ayat Allah, Maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi amat keras siksaan-Nya. "

Isnin, 5 Oktober 2009

ANAK BONGSU PENGHIBUR HATI

Anak bongsu saya ini Maryam Nadhirah bergambar di Kg Kubang Getah, Kota Bharu, Kelantan. Perkampungan yang di kelilingi oleh sawah padi yang menghijau iaitu tempat saya di lahirkan 50 tahun dahulu. Apabila balik bercuti sekali sekala seronok bersama keluarga terhibur dengan pemandangan yang indah mengingati nostalagia zaman zilam . Kalau Allah izin InsyaAllah saya akan ceritakan penghidupan sebagai anak kampung untuk merintis kehidupan panacaroba sebagai bahan tarbiyah.

Manakala Maryam Nadhirah anak bongsu katakan, di lahirkan di Taman Anjaria atau sekarang ini dikenali Perkampungan Al Hilal, Kota Bharu, Kelantan 10 tahun dulu iaitu pada 10 Februari 1999. Waktunya lebih kurang 4.30 pagi. Ia di lahirkan di ruang tamu rumah saya di mana saya sendiri menyambutnya kerana zaujah terlalu mudah bersalin tak sempat di bawa ke hospital. Bayi di selimut kemudian di bawa ke hospital Besar Kota Bharu bersama zaujah dan uri yang masih belum di potong dengan bantuan sahabat(Jazakillah Kak Mah Ustaz Ya dan Rah Dr. Pin, jiran terdekat kiri dan belakang rumah). Lahirnya lebih awal dua(2) minggu dari sepatutnya. Doktor sudah memberi amaran awal apabila sampai masa sahaja mungkin akan di 'induce' kerana keadaan zaujah yang mengidap darah tinggi. Mungkin dengan berkat doa dan solat Allah permudahkan tanpa komplikasi.



Sifat yang periang, suka berkemas dan sangat menyayangi anak-anak kecil. Oleh itu nampak sifat keibuannya. Tak heranlah adik-adik kecil samada di sekolah atau dikalangan keluarga sangat menyayanginya. Semasa darjah satu di Al hilal adik-adik pra sekolah selalu menalipon "Boleh cakap dengan Kak Yam?"



Sebelum saya bertolak ke umrah pada 17 ogos lepas, Maryam menyerahkan sehelai kertas kepada saya. Dia kata " Minta Abah doakan Yam seperti Yam tulis di dalam kertas ini di Mekah nanti." Dan terus saya simpan dalam beg kecil bersama pasport umrah.

Di atas kapalterbang, dengan masa perjalanan yang agak panjang dari Bangkok ke Amman, saya mengeluarkan kertas pesanan yang diberi oleh Maryam . Apabila dibaca saya merasa begitu terharu , permohonannya cukup baik dan bermakna bagi saya. Tak sangka rupanya anak sekecil dua tapak tangan yang saya sambut kelahirannya dulu sudah mula memahami erti kehidupan dan perjuangan di dunia sementara ini. Alhamdulillah. Permohonan doanya adalah seperti berikut:

"SENARAI UNTUK ABAH DOAKAN"

1. Yam nak jadi anak yang soleh.


2. Nak berjaya di dunia dan di akhirat


3. Kalau boleh Yam nak kursus (bidang agama) yang abah ummi nak Yam nak jadi macam tu.


4. Yang nak jadi macam abang, Boleh menghafal Al Quran.


5. Rajin solat lima waktu dan selalu mengaji.

6. Nak ada keluarga bahagia.


7. Nak Abah ummi panjang umur.


8. Dan menjadi orang yang berguna.


9. Sentiasa sihat walafiat, bebas dari segala penyakit.


10. Mahu pandai English sebab Yam lemah BI


11. Nak dapat 20 A dalam peperiksaan


AMIN!!! HARAP2 TERMAKBUL




































Ahad, 4 Oktober 2009

BALASAN ALLAH UNTUK KAUM LUTH






Permandangan di waktu maghrib di Laut Mati























Permandangan di Laut Mati sebelum bersiap untuk mandi


Kalau sampai diJordan orang kata tidak sah kalau tak pergi ke Laut Mati. Hari kedua di Jordan 19 Ogos kami di bawa oleh anak-anak pelajar untuk berehlah di Laut Mati. Kami tiba hampir maghrib seperti yang dirancang untuk mengelak kehangatan panas siang hari di Jordan. Suasananya indah, nampak di seberang sana bumi palestin yang di terokai dan di jajah oleh Israel.
Bila berada di Laut Mati, laut yang tiada binatang penghuni disebabkan kepekatan masinnya dan apabila kita berada di dalam airnya rasa terapungnya, teringatlah kisah Nabi Luth sebagaimana yang di jelaskan dalam Al Quran dalam surah Huud ayat 82:
" Maka tatkala datang azab Kami, kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah(Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi."