Isnin, 5 Oktober 2009

ANAK BONGSU PENGHIBUR HATI

Anak bongsu saya ini Maryam Nadhirah bergambar di Kg Kubang Getah, Kota Bharu, Kelantan. Perkampungan yang di kelilingi oleh sawah padi yang menghijau iaitu tempat saya di lahirkan 50 tahun dahulu. Apabila balik bercuti sekali sekala seronok bersama keluarga terhibur dengan pemandangan yang indah mengingati nostalagia zaman zilam . Kalau Allah izin InsyaAllah saya akan ceritakan penghidupan sebagai anak kampung untuk merintis kehidupan panacaroba sebagai bahan tarbiyah.

Manakala Maryam Nadhirah anak bongsu katakan, di lahirkan di Taman Anjaria atau sekarang ini dikenali Perkampungan Al Hilal, Kota Bharu, Kelantan 10 tahun dulu iaitu pada 10 Februari 1999. Waktunya lebih kurang 4.30 pagi. Ia di lahirkan di ruang tamu rumah saya di mana saya sendiri menyambutnya kerana zaujah terlalu mudah bersalin tak sempat di bawa ke hospital. Bayi di selimut kemudian di bawa ke hospital Besar Kota Bharu bersama zaujah dan uri yang masih belum di potong dengan bantuan sahabat(Jazakillah Kak Mah Ustaz Ya dan Rah Dr. Pin, jiran terdekat kiri dan belakang rumah). Lahirnya lebih awal dua(2) minggu dari sepatutnya. Doktor sudah memberi amaran awal apabila sampai masa sahaja mungkin akan di 'induce' kerana keadaan zaujah yang mengidap darah tinggi. Mungkin dengan berkat doa dan solat Allah permudahkan tanpa komplikasi.



Sifat yang periang, suka berkemas dan sangat menyayangi anak-anak kecil. Oleh itu nampak sifat keibuannya. Tak heranlah adik-adik kecil samada di sekolah atau dikalangan keluarga sangat menyayanginya. Semasa darjah satu di Al hilal adik-adik pra sekolah selalu menalipon "Boleh cakap dengan Kak Yam?"



Sebelum saya bertolak ke umrah pada 17 ogos lepas, Maryam menyerahkan sehelai kertas kepada saya. Dia kata " Minta Abah doakan Yam seperti Yam tulis di dalam kertas ini di Mekah nanti." Dan terus saya simpan dalam beg kecil bersama pasport umrah.

Di atas kapalterbang, dengan masa perjalanan yang agak panjang dari Bangkok ke Amman, saya mengeluarkan kertas pesanan yang diberi oleh Maryam . Apabila dibaca saya merasa begitu terharu , permohonannya cukup baik dan bermakna bagi saya. Tak sangka rupanya anak sekecil dua tapak tangan yang saya sambut kelahirannya dulu sudah mula memahami erti kehidupan dan perjuangan di dunia sementara ini. Alhamdulillah. Permohonan doanya adalah seperti berikut:

"SENARAI UNTUK ABAH DOAKAN"

1. Yam nak jadi anak yang soleh.


2. Nak berjaya di dunia dan di akhirat


3. Kalau boleh Yam nak kursus (bidang agama) yang abah ummi nak Yam nak jadi macam tu.


4. Yang nak jadi macam abang, Boleh menghafal Al Quran.


5. Rajin solat lima waktu dan selalu mengaji.

6. Nak ada keluarga bahagia.


7. Nak Abah ummi panjang umur.


8. Dan menjadi orang yang berguna.


9. Sentiasa sihat walafiat, bebas dari segala penyakit.


10. Mahu pandai English sebab Yam lemah BI


11. Nak dapat 20 A dalam peperiksaan


AMIN!!! HARAP2 TERMAKBUL




































Tiada ulasan:

Catat Ulasan