Rabu, 28 Oktober 2009

AMBILLAH PENGAJARAN

Semalam baru saya mendengar taklimat dari sahabat-sahabat saya yang mengikuti rombongan misi kemanusian di Padang Indonesia bagi memberi khidmat kemanusiaan dan membantu mangsa-mangsa gempabumi. Bagaimana sahabat-sahabat saya menceritakan keadaan penduduk yang trauma yang tak boleh bercakap dan yang masih terpinga-pinga. Itu baru saja gempa bumi belum lagi keadaan kiamat yang sebenarnya.

Kebanyakan pejabat-pejabat kerajaan runtuh termasuklah bank-bank, showroom kereta, komplek membeli belah, tadika elit dan lain-lain bangunan yang dikategorikan untuk golongan kaya-kaya dan yang hidup mewah. Tetapi dalam keadaan demikian dalam deretan yang runtuh, tetapi masih ada yang yang tersergam indah. Begitu juga dalam deretan yang tersergam baik tetapi ada yang yang runtuh.

Waktunya berlaku seperti yang saya sebut sebelum ini pada jam 17.16 iaitu 5.16 petang iaitu ketika kakitangan semua sudah pulang kecuali tinggal boss-boss yang besar yang belum balik, yang mempunyai kedudukan mewah di dunia tetapi belum tentu keadaannya di Akhirat, mungkin mereka termasuk di kalangan runtuhan bangunan. Kalau kita lihat jelas seperti yang di gambarkan dalam surah 17 ayat 16 tersebut.
Sekiranya berlaku dalam masa waktu pejabat bermakna akan ratusan ribu yang akan terlibat dan terbunuh, ini bermakna Allah masih mengasihi mereka-mereka yang ada bibit-bibit keimanan.


Begitu juga kawasan perkampungan dan pendalamam yang rosak teruk, ada yang satu kampung di tenggalami dan ditelan oleh bumi. Mengikut sahabat saya menceritakan dari maklumat orang tempatan merasakan itu adalah pembalasan Dari Allah SWT kerana di tempat mereka masih banyak kurafat dan maksiat. Malah kampung yang di telan bumi itu sebenarnya ada majlis perkahwinan. Biasanya mengikut mereka dalam majlis sebegini macam-macamlah hiburan yang disediakan. Bayangkan saudara-saudara kenapa Allah SWT membinasakan mereka ini?

Mengikut sahabat saya lagi, walaupun dalam kehidupan yang miskin tetapi kebanyakan rumah mempunyai parabola. Bayangkanlah bagaimana kehidupan mereka. Pemeliharaan anjing seperti pelihara kucing. Dimana kesucian dalam kehidupan mereka.

Itulah sebahagian kehidupan manusia diatas muka bumi Allah ini, di mana tugas dan dakwah kita? Adakah kita masih leka dengan kemewahan duniwi dan lupa pada hari Perhitungan. AMBIL PENGAJARAN ITU SEMUA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan