Isnin, 9 November 2009

PIALA MALAYSIA - KELANTAN KALAH

Pada 6 November, hari Jumaat ambo balik Kelantan, ada urusan sedikit di samping menziarahi dan melayani yang dikasihi ayahanda. Sampai Kelantan oi, habih ore Kelantan tinggal kampong gi KL untuk lihat perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri 9. Maklumlah Kelantan dah lama tak masuk akhir semenjak tahun 1970 kelantan kalah kepada Perak 2 - 0 dengan jaringan Baharin Khamis. Oi ingat lagi nampaknya, maklumlah dulu masa remaja memang kaki bola pun. Tak heran anak sekarang dok Jordan pun ikut siaran langsung perkembangan perlawanan Akhir. Sebenarnya ambo tak sih ulas sangat hal bola Piala Malaysia ni sebenarnya dah tak minat seperti dulu setakat tengok tv adalah. Tapi nampak sangat keghairahan ore Kelantan nak kemenangan, rasanya nak bagi ulasan juga.




Kemudian ambo balik naik flight ke KL tambang MAS murah oi atas kapal terbang ada baju merah rupanya nak tengok bola di KL juga, ini ore banyak pitih. Dua Pak Menteri dari Kelantan naik Business Class pun nak gi tengok bola juga, oi hebat. Di airport jumpa kenalan lama kontraktor. Ambo tanya dia " nak gi tengok bola ke?". Dia kata " ada urusan sikit di KL tapi kalu pak Menteri gi ambo gi juga". Itulah kontraktor memang kena ikut bontot menteri baru dapat projek. Dia kata " kelantan nak menang kali ni". Oi macam nak projek senang, kalau projek dia kata nak, memang dapat sebab tu nak ikut bontot menteri. Ini bola sepak kena main, tak taulah kalau rasuah pemain mungkin boleh jadi.




Kelantan di letak sebagai favorite dan N9 di kira underdog, dengan mass media banyak menyebelahi Kelantan. Rata-rata meletakkan kemenangan kepada kelantan 3-1 atau 2-1. Tapi hati kecil ambo dok rasa N9 akan menjadi Johan dengan 3-1. Kelantan akan merah mata bukan putih mata.




Sampai di KL ziarah dan singgah rumah anak di pinggir Putra Jaya kebetulan ada TV dapatlah tengok ambo akan Piala Malaysia aik! rasa seronok juga dapat tengok. Hebat 2/3 stadium bukit Jalil dipenuhi oleh penyokong Kelantan yang dianggarkan 70,000 orang. Bila ambo tengok 10 minit pertama, ambo yakin N9 akan menang seperti yang ambo rasa 3-0 atau 3-1 sebab pertahanan N9 melebehi Kelantan. Dalam suasana dan keadaan tertekan ni pemain pertahanan kena bijak dan berwibawa mengawal bola, ini kelebihan yang ada pada N9. Ternyata Negeri Sembilan menjadi Johan dengan 3 - 1 Syabas.




Yang sedih sikap segelintir penonton Kelantan tak habih dengan sikap yang gedebe dan bengo , melontar botol air kepada pemain dan membakar dalam stadium. Alahamdulillah tak main di Kelantan kalau main di kelantan mungkin habih bakar stadium. Tapi ada wartawan yang juga bengo kata Tok Guru Nik Aziz kena tarbiyah rakyatnya, dia dok ingat rakyat kelantan semua hijau ke? Inilah sifat manusia yang menjadi tempat tipu daya syaitan. Firman Allah dalam surah Al Furqan ayat 29 " Dan syaitan memang pengkianat manusia"




Walaubagaimanapun kita tidak boleh lupa yang Maha Berkuasa. Dia lebih mengetahui hakikat sebenarnya dan yang tersirat. Apa yang berlaku itu Allah yang lebih mengetahui baik buruknya. Ada yang Allah bagi dan ada yang Ia tidak perkenankan. Semuanya Allahlah yang menentukan segala-segalanya. Mungkin ada yang tidak bersih dll yang menimbulkan kemurkaan Allah SWT. Allahlah Yang Lebih Mengetahui segala-galanya.